Pagi pada anggap pemula hari kepada ramai. Mungkin kerana kesegaran setelah bangun daripada tidur dan penuh dengan tenaga untuk memulakan hari setelah matahari terbit.
Namun, apa pun tanggapan pastikan bangun pagi anda penuh dengan semangat! - Berkobar.
Saya sendiri juga sentiasa mengharapkan agar bangun pagi dan hari yang ditempuhi adalah yang baik. Terkadang tidak semua yang kita inginkan akan seperti yang dingini. Tentu ada sahaja faktor dan sebab yang mungkin menganggu perasaan seharian.
Sekali - sekala atau tiap hari mungkin akan ada yang log-in facebook atau twitter sama ada untuk mengemaskini status atau hanya membaca. Jadi, tidak lepas kita juga akan menerima status kemas kini dari rakan atau mana-mana berita yang telah kita langgan.
Namun, kadang-kadang dengan membaca status yang mungkin menjengkelkan, menyakitkan hati atau menjijikan awal pagi. Ianya seperti merosakkan pagi kita dan mungkin - seluruh hari.
Ini hanya satu contoh daripada pengalaman yang mungkin semua pernah semua alami. Jika dari awal pagi sudah kita mengalami pergolakan perasaan, ini mungkin memberi kesan kepada hidup harian kita.
Jadi, disini beberapa cadangan perkara yang tidak patut kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur ;
1. Tidak Bersyukur - Janganlah kita seawal pagi punyai perasaan sombong dengan kehidupan. Kerana ini setiap detik ketika dari kita tidur sehingga bangun tidur, masih dipinjamkan udara untuk bernafas dan terus hidup. Justeru, janganlah sombong dengan dan tidak bersyukur dengan apa yang masih kita pinjamkan.
2. Perasaan/Perkara Negatif - Sebaik sahaja bangun tidur terus datang dengan perasaan negatif. Mendatangkan perasaan seperti marah, malas, dengki, syak mendorong kepada permulaan yang tidak baik dalam kehidupan kita seharian.
Seperti contoh saya disebelum ini, terkadang status facebook atau twitter mendorong menerima perkara negatif diawal pagi yang tentu sahaja mendorong perasaan negatif dalam diri. Terlibat dalam pertengakaran diawal pagi juga satu perkara yang tidak baik sebelum memulakan hari.
Sepatutnya awal pagi kita patut merasakan ketenangan bukan perang!
3. Tidak Bersarapan - Walaupun dalam keadaan rehat, tapi itu hanya pada luaran sahaja. Tidak kepada organ dalaman kita yang masih sentiasa beroperasi. Justeru, ia akan menurunkan tenaga yang diperlukan untuk tugasan harian kita. Saya percaya kerana tinggalkan sarapan, kita akan terasanya sangat lemah untuk melakukan aktiviti harian atau terasa seperti kelaparan.
Lapar mendatangkan perasaan atau "mood" yang tidak menentu dan seringnya mendatangkan marah. Paling teruk, marah boleh mendatangkan 1001 perkara yang tidak baik kepada diri sendiri. Dengan berlapar juga ia mendatangkan keburukkan kepada kesihatan jika dibiarkan.
4. Tiada Persediaan - Mungkin bangun tidur dianggap ramai satu permulaan hari. Tapi, sebenarnya untuk memulakan satu kehidupan atau hari yang baru perlulah membuat persediaan untuknya. Andai kata kita punyai tugas atau aktiviti penting untuk keesokkan harinya, adalah terbaik untuk menyediakannya hari ini daripada esok.
Jadi, jika mengambil keputusan untuk menyediakannya setelah bangun tidur, akan dikuatiri kita tidak akan mampu menyediakannya atau lebih kepada pekerjaan yang sia-sia kelak.
Teringat dulu ketika masih berada di sekolah dimana Ibu telah menyiapkan segala persiapan untuk ke sekolah. Dengan kata-kata dorongan dan semangat yang memberi dorongan dalam diri sebelum menimba ilmu. Perbuatan Ibu membuatkan kita selesa sepanjang hari bukan?
Tapi, itu apabila kita bersama Ibu Bapa. Jika sudah berdikari sendiri dan tahu baik buruk sesuatu perkara, maka jauhilah perkara yang tidak patut seawalnya bagi memberikan ruang yang lebih positif dan baik dalam hidup seharian kita.
Semoga bermanfaat ^_^
0 comments:
Posting Komentar